Iklan Nuffnang

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

8.9.10

Zakat Fitrah

Share
Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat Fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakar menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

1.9.10

Sebab-Sebab Malam Lailatul Qadar di Bulan Ramadhan Dilupakan

Share

Ramadhan tiba lagi. Alhamdullillah aku berpeluang dan diizinkan oleh Allah SWT untuk bertemu lagi dengan Ramadhan, di mana di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Kedatangan Ramadhan umpama pertemuan musafir dengan wadi (oasis) di tengah padang pasir yang kering kontang. Ramai yang hanya mengambil bekalan di tepian wadi dan terus meneruskan perjalanan tetapi akhirnya rebah kontang di pertengahan jalan. Yang beruntung orang yang menunggu dengan sabar kedatangan hujan lailatul qadar yang airnya boleh dibuat bekal selama 1000 bulan. Di sini saya ingin membuat satu petikan dari artikel tulisan Ustaz Shauqi, semoga kita semua mendapat manfaat sempena malam-malam terakhir bulan Ramadhan ini. InsyaAllah.

lailatul qadar
Bilakah malam lailatul qadar? Yang paling penting, adakah kita beramal pada malam2 Ramadhan?

31.8.10

Malam Lailatul Qadar

Share
Malam Seribu Bulan

malam lailatul qadar, tanda lailatul qadar, malam seribu bulan, kelebihan malam lailatul qadar, fadhilat malam seribu bulanLailatul Qadar adalah malam yang penuh kemuliaan iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Amalan terbalik orang kita, 10 malam pertama bulan Ramadhan masjid dan surau penuh sampai tak muat dengan jemaah tetapi di 10 malam terakhir Ramadhan, masjid dan surau lengang. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan memang diakui oleh semua orang. Sedangkan sepertiga terakhir bulan Ramadhan adalah saat-saat yang penuh dengan kebaikan dan keutamaan serta pahala yang melimpah. Umat Islam wajib percaya dan seharusnya dicari malam Lailatul Qadar pada malam-malam terakhir bulan Ramadhan bukannya malam-malam itu kita shopping sakan untuk persediaan Hari Raya.

26.8.10

Selamat Berbuka Puasa + Sunnah Makan

Share
Jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung,
Jika hati seindah bulan hiasi dengan senyuman..:)
Marhaban ya Ramadhan…

Selamat menunaikan ibadah puasa dan Selamat berbuka puasa.. Berbuka bila dah tiba waktunya yek.. Bila berbuka, Rasulullah SAW menganjurkan berbuka dengan kurma, kalau tidak ada dengan air dan hendaklah menyegerakan berbuka. Tapi jangan lupa, sebelum berbuka puasa tu bacalah doa dulu.

Pada entry kali ni, saya ingin berkongsi Sunnah Makan yang diamalkan oleh Rasulullah.

24.8.10

Salam Ramadhan

Share
Salam ramadhan.. Walaupun hari ini dah masuk 14 ramadhan.. Masih tak terlambat lagi saya nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan.. Puasa cukup2 yek.. Berbuka bila tiba waktunya iaitu maghrib.. Bab berbuka ni.. Saya teringin sangat ingin mengadakan majlis berbuka puasa.. Kalau dapat adakan sekali pun jadi lah.. Moga2 Allah memurahkan rezeki pada ku ini..

Inilah janji pahala yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebutkan,

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”