Iklan Nuffnang

Showing posts with label Info Terkini. Show all posts
Showing posts with label Info Terkini. Show all posts

26.10.10

Paul Octopus Sempat Meramal Kelantan Menjuarai Piala Malaysia Sebelum Meninggal Dunia

Share
Sotong Paul atau nama orang putihnya Paul The Octopus yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.

“Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi. (Selasa – 26 Oktober 2010)

Sebelum meninggal dunia, Paul sempat meramal perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 di antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Ramalan terakhir Paul the Octopus adalah Kelantan bakal menjuarai Piala Malaysia 2010. Hehe :)

Gambar2 Paul semasa membuat ramalan.

Gadis Sunti Berasmara Mati Terjatuh

Share
Seorang gadis sunti berusia 12 tahun yang menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat enam Blok E dekat Apartmen Lestari di Damansara Damai dikatakan selalu berada di situ untuk melakukan perbuatan sumbang.

Perkara tersebut didedahkan oleh penduduk di situ yang sebelum ini sering melihat mangsa bersama beberapa remaja lelaki naik ke bumbung bangunan itu.

18.10.10

Ringkasan Pembentangan Bajet 2011

Share
Berikut adalah antara ringkasan intipati utama pembentangan Bajet 2011 yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010
Perbelanjaan kos operasi – RM162.8 bilion
Perbelanjaan kos pembangunan – RM49.2 bilion

11.10.10

Konsert Artis Gay

Share
Konsert sulung Lamber berjudul 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dijadual berlangsung 14 Oktober (Khamis) di Stadium Putra Bukit Jalil.
"Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseksual tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya," dipetik dari memorandum.

10.10.10

Kemalangan Ngeri Plaza Tol Simpang Ampat

Share
Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat. -BERNAMA-

Di sebalik tarikh bahagia 10.10.10 bagi kebanyakan pasangan pengantin, tarikh tersebut juga menjadi detik hitam buat negara kita. Ini merupakan kemalangan ngeri paling dahsyat membabitkan bas ekspress di negara kita.

Al-Fatihah dan Takziah diucapkan kepada mangsa dan keluarga mangsa kemalangan ngeri yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

Gambar kemalangan di bawah…

4.10.10

Benarkah Justin Bieber Pedofilia Berumur 51 Tahun?

Share
Kenal tak Justin Bibir Bieber? Aku baru je pos pasal Justin Bieber berkenaan dia dinobatkan artis remaja termahal di dunia. Klik sini. Aku ni bukanlah peminat Justin Bieber. Tak layan pun lagu2 cam tu.

Tapi yang menggemparkan sekarang ni bahkan dilebih-lebihkan (terutama di dunia blogger dan forum-forum internet) mengatakan bintang pop remaja Justin Bieber ditangkap setelah penyelidikan polis membuktikan bahawa Justin Bieber bukanlah seorang remaja berusia 16 tahun, namun seorang pedofilia berusia 51 tahun yang menyamar. Berita ini berpunca daripada video yang disebarkan dan menunjukkan Justin Bieber dengan nama asalnya Michael Cote menyamar sebagai idola remaja selama bertahun-tahun dengan menggunakan wig dan topeng getah. Lihat gambar di bawah ni:

28.9.10

Habib Buka Hotel Yakin Ekonomi Kelantan

Share

KOTA BHARU, 28 Sept: Habib Jewels memilih Kelantan sebagai negeri pertama untuk pelaburannya dalam bidang perhotelan kerana yakin dengan perkembangan ekonomi yang pesat di negeri ini.

Pengurus Besar Habib Jewels Holding, Abdul Razak Abdul Kader, berkata setelah setahun pihaknya membuat kajian berhubung perkara itu, akhirnya bulan Ogos lalu, hotel yang bercirikan ‘butik’ itu beroperasi di Kelantan.

23.9.10

Patutkah Sekolah Harapan untuk Pelajar Hamil diwujudkan?

Share
Sekolah Harapan adalah sekolah menengah untuk remaja hamil luar nikah yang terletak di Jasin, Melaka. Sekolah ini berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang terletak di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM). Sekolah Harapan tersebut dibiayai oleh kerajaan negeri Melaka dibuka untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.

Sekolah tersebut menggunakan bangunan dua tingkat milik Syarikat Air Melaka di Jasin, yang dibaikpulih untuk dijadikan sekolah harapan. Pada peringkat awal ini, Sekolah Harapan menyediakan empat buah kelas dan mampu menampung antara 20 hingga 30 pelajar. Sekolah ini akan menyediakan sesi pembelajaran pelajar dari tingkatan dua hingga lima termasuk mereka yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

13.9.10

Tengku Faris diisytihar Sultan baru Kelantan

Share


TENGKU Muhammad Faris bersalam dengan para pegawai kerajaan selepas
diisytiharkan sebagai Sultan Kelantan yang baru di Kota Bharu semalam.

Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa 13 September 2010. Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar.

Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua.

Norman dan Memey Bertunang

Share

MEMEY dan Norman ceria pada majlis pertunangan mereka di Kota Tinggi.

Sumber kosmo (14/9/2010)

12.9.10

KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI : Peguam Bergelar Datuk, Adik Dan Enam Pekerja Ditahan Ekoran Kematian Sosilawati!!

Share
Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd Bakri berkata polis membuat tangkapan pertama pada 10 Sept melibatkan lima orang.

11.9.10

Misteri Kehilangan Sosilawati: Bunuh, Bakar, Buang

Share
Sungguh kejam!!! Negara kita gempar dengan berita pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi iaitu pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Amat mengejutkan kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang di sebatang sungai di Ladang Gadong, Tanjong Sepat, Banting. Misteri kehilangan keempat-empat mangsa selama dua minggu akhirnya terjawab dengan berita yang amat menyedihkan dan memilukan terutama ahli keluarga mangsa. Kepada pembunuh semoga mendapat pembalasan yang setimpalnya.