Iklan Nuffnang

Showing posts with label Kisah Teladan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Teladan. Show all posts

4.11.10

Mengayuh Basikal Menunaikan Haji

Share
Nathim Caircross,28 dan Imtiyaz Ahmad Haron,25 dari Afrika Selatan mengayuh basikal merentasi Bostwana, Zimbabwe, Mozambique, Malawi, Tanzania, Kenya, Turki, Syria, dan Jordan dengan mengayuh basikal dari Afrika Selatan ke Arab Saudi iaitu sejauh lebih kurang 7600 km!

19.10.10

Malaikat Kecil

Share
Kadangkala tindakan kecil kita boleh mengubah kehidupan seseorang…. Ikuti kisah teladan ini. Semoga kita semua dapat iktibar.

"Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

8.10.10

Rasulullah SAW Dengan Sebiji Limau

Share
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

4.10.10

Pilot Peluk Islam Selepas Lihat Kebesaran Allah

Share
Kisah Teladan (ruangan pedoman & iktibar majalah Mastika)
Seperti diceritakan oleh Ustaz Amer Muttakim Abd. Ghani
Kepada Penolong Pengarang Mastika, Sahidan Jaafar

Selepas sembahyang Asar, di Masjid Tabligh Sri Petaling, Kuala Lumpur diadakan pula majlis taklim yakni kami duduk dalam satu bulatan dan seorang demi seorang diminta membaca fadilat tertentu yang telah dihafal seperti fadilat zikir dan sembahyang.

Selain saya, ada seorang lelaki berusia 40-an, keturunan India turut berada di majlis taklim itu. Lelaki India itu sudah lama menjalankan kerja-kerja dakwah dalam jemaah tabligh.

24.9.10

Awan Payungi Pesawat Bawa Jenazah Ulama

Share
Tajuk di atas ialah tajuk sebuah artikel di ruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan di dalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut?

Pramugari Koma di Tanah Suci

Share
Pramugari terlampau tiba-tiba koma sebaik tiba di Tanah Suci.
Kisah ini adalah untuk renungan bersama......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi

Share
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.