Iklan Nuffnang

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

7.11.10

5 Jenis Racun dan Penawarnya

Share
1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Teka Teki Imam Ghazali

Share
Soalan yang diajukan oleh Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya tentang:
  • Yang paling dekat - Mati
  • Yang paling jauh - Masa
  • Yang paling besar - Hawa Nafsu
  • Yang paling berat - Amanah
  • Yang paling ringan - Tinggalkan solat
  • Yang paling tajam - Lidah

6.11.10

Bila Ada Pasangan Hidup...

Share
Bila Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….emakku

10.10.10

Mari Kita Renungkan

Share
SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA............

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

8.10.10

Tips Membina Keyakinan Diri

Share
Keyakinan sememangnya sesuatu yang subjektif dan istilah ini bukanlah rumit untuk dihuraikan. Tanda-tandanya cukup jelas bagi mereka yang aktif dalam persekitaran masing-masing.

Gugup dalam bercakap, takut melontarkan pendapat, takut membuat keputusan dan sebagainya adalah antara contoh orang yang kurang keyakinan diri. Jika korang merupakan salah seorang daripada mereka itu, mari kita sama-sama kongsikan bagaimana ataupun tips-tips atau latihan untuk membina keyakinan diri masing-masing. Di sini saya sediakan 5 tips untuk membina keyakinan diri.

7.10.10

Kenapa Tak Rogol Saya?

Share
Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

19.9.10

Kepelbagaian Cara Belajar

Share
Seronok Belajar Oleh Dr Ismail Zain

BELAJAR sememangnya menyeronokkan tetapi bagi mereka yang belajar dengan hanya tertumpu pada buku sahaja kadangkala mungkin juga membosankan. Oleh itu murid harus mempelbagaikan bahan, kaedah dan gaya belajar agar ianya menjadi aktiviti harian yang mampu dijalankan tanpa terasa sebagai bebanan.

4.9.10

Kekayaan VS Kekuasaan

Share
Suatu hari dalam kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur terdapat sebuah kereta FerrariF430 yang mana juga terpaksa akur dengan kesesakan. Nampaknya jentera mewah yang berkuasa besar hingga 4,308cc itu berada sebaris dengan kenderaan-kenderaan berstatus biasa. Enjinnya mengaum seolah-olah raja di jalanan, tetapi kegarangannya langsung tidak diendahkan. Tiba-tiba, terdengar bunyi siren yang meminta supaya diberi laluan. Sebuah kereta nasional Proton Perdana berwarna hitam dan bercermin gelap memintas laju diiringi kenderaan pengiring.

27.8.10

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Share

Siapa Tan Sri Syed Mokhtar?






A. PENGENALAN

Nama : Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
Tarikh Lahir : 1951
Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
Nama Isteri : Puan Sri Sharifah Zarah Albukhary
Bil. Anak : 4 orang (dua lelaki, dua perempuan)
Pendidikan : Sekolah Saint Michael, Alor Setar
Nama bapa : Syed Nor Albukhary
Nama ibu : Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat

26.8.10

4 Orang Isteriku

Share

RENUNGAN BERSAMA (Tazkirah Jumaat)

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

24.8.10

10 Jenis Penyakit Menghalang Kejayaan

Share
Saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian 10 jenis penyakit yang menghalang kita mencapai sesuatu kejayaan. Ataupun dalam erti kata lain ke arah kegagalan. Apa ubatnya?? Anda fikir dan cari lah sendiri yek..

10 penyakit tersebut adalah:

1. MENYALAHKAN ORANG LAIN

Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang di fikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalu”siapa” Bukan”apa” penyebabnya. Bidang kedoktoran moden selalu mencari “apa” penyebabnya, bukan “siapa”. Jadi kalau kita berfikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif dan keanak-anakan. Kenapa ? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh,” Adik itu yang salah”, atau sebagainya.Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.

21.8.10

Ada 4 Jenis Manusia di Dunia

Share
Memang benarlah kata ramai orang yang telah berjaya bahawa di dalam dunia ini ada empat jenis manusia.

Jenis yang pertama, adalah jenis manusia yang “wait things happen”. Dia menunggu dan berharap sesuatu akan berlaku yang akan merubah kehidupan mereka.

Jenis yang kedua, adalah jenis manusia yang “watch things happen”, mereka hanya melihat-lihat orang lain melakukan sesuatu.

Jenis yang ketiga, adalah jenis manusia yang “make things happen”. Mereka ini tidak mahu memilih untuk menunggu sahaja kejayaan datang kepada mereka. Mereka juga tidak mahu melihat sahaja orang lain berjaya. Tetapi mereka memilih untuk berusaha untuk mencapai kejayaan dan bertindak!

Tetapi janganlah jadi jenis yang keempat ini. Jenis yang keempat ini adalah mereka yang “donno wat heppe (Don’t know what happen dalam loghat Kelantan)”