Iklan Nuffnang

Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

11.10.10

Konsert Artis Gay

Share
Konsert sulung Lamber berjudul 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dijadual berlangsung 14 Oktober (Khamis) di Stadium Putra Bukit Jalil.
"Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseksual tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya," dipetik dari memorandum.

10.10.10

Perkahwinan Sheikh Muszaphar & Dr Halina 10.10.10

Share

Hari ini, 10.10.10 pastinya menjadi satu sejarah buat ramai pasangan pengantin kerana kami percaya ramai yang memilih tarikh ini untuk melangsungkan majlis penikahan dan persandingan. Begitu juga dengan angkasawan pertama negara kita, siapa lagi kalau bukan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya, Doktor Halina.

Dan lebih kurang pada jam 11.45 pagi tadi bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah sah menjadi suami kepada Doktor Halina Mohd Yunos dengan hanya sekali lafaz. Tahniah diucapkan. Semoga kekal bahagia buat selamanya....

8.10.10

Rumah Dara

Share
Cerita seram ganas dari Indonesia iaitu Rumah Dara memang best dan mantap aku leh katakan. Filem bergenre Action-Thriller ni telah mendapat banyak anugerah dalam dan luar negara. Kalau korang nak tengok Cerita Rumah Dara ni, aku ada sediakan link download cerita tersebut di bawah.

4.10.10

Benarkah Justin Bieber Pedofilia Berumur 51 Tahun?

Share
Kenal tak Justin Bibir Bieber? Aku baru je pos pasal Justin Bieber berkenaan dia dinobatkan artis remaja termahal di dunia. Klik sini. Aku ni bukanlah peminat Justin Bieber. Tak layan pun lagu2 cam tu.

Tapi yang menggemparkan sekarang ni bahkan dilebih-lebihkan (terutama di dunia blogger dan forum-forum internet) mengatakan bintang pop remaja Justin Bieber ditangkap setelah penyelidikan polis membuktikan bahawa Justin Bieber bukanlah seorang remaja berusia 16 tahun, namun seorang pedofilia berusia 51 tahun yang menyamar. Berita ini berpunca daripada video yang disebarkan dan menunjukkan Justin Bieber dengan nama asalnya Michael Cote menyamar sebagai idola remaja selama bertahun-tahun dengan menggunakan wig dan topeng getah. Lihat gambar di bawah ni:

3.10.10

Justin Bieber dinobatkan Penyanyi Remaja Termahal di Dunia

Share
Penyanyi yang popular dengan lagu hits 'Baby', Justin Bieber, kini telah dinobatkan sebagai Penyanyi Remaja Termahal di Dunia pada tahun 2010 ini. Ini berikutan beliau memperolehi bayaran sekitar US$ 300 ribu setiap kali mengadakan konsert nyanyiannya.

Menurut laporan Contact Music, Isnin 4 Oktober 2010, pendapatan yang diperolehi oleh Bieber adalah dua kali lebih banyak berbanding penyanyi rap, Drake yang pada waktu ini sedang meletop namanya di arena music antarabangsa. Malah penyanyi yang berasal dari Kanada mempunyai pendapatan yang mengalahkan Selena Gomez dan Jordin Sparks.

8.9.10

Koleksi Lagu Raya Terbaik

Share

Jom layan lagu raya. Nak raya ni kalu tak dengar lagu raya tak rasa nikmat raya tu.. hehe..:) Baru la tersentuh jiwa yang berkarat ni.. Lagi2 yang duk di perantauan tak dapat balik kampung.. Jangan sedih2 yek tak dapat beraya ngan keluarga.. Layan je lagu raya..

Ni koleksi lagu raya terbaik pilihan Info214.

28.8.10

Top 10 Movies

Share

Senarai 10 movie terbaik sepanjang zaman mengikut ketegori. Sumber diperolehi daripada majalah TIME.. 2010..

Top 10 Killer-animal Movies