Iklan Nuffnang

13.10.10

Home » » Kulop Menguruskan Badan

Kulop Menguruskan Badan

Share
Kulop yang sudah gemuk masuk ke fitness center untuk menguruskan badan. Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada Kulop,"Kami menawarkan 2 program di sini. RM50 utk versi 'biasa' dan RM100 utk versi 'cepat'."

Kulop tu pon berkata, "Saya ingat yang biasa lah sebab saya ni baru nak try kuruskan badan."


" Ok, encik sila masuk ke bilik no.5 di penjuru bilik sana," jawab penjaga kaunter.


Kulop pun masuk la ke bilik itu dan menutupnya. Selang 2 minit kemudian, seorang wanita cantik, lawa, body best, mantap masuk ke dalam bilik itu. Dia kemudian menanggalkan pakaiannya sehingga menyebabkan Kulop tak senang duduk.
Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat apa saja dengan saya. hikhikhikk" dan dia terus berlari dalam bilik itu. Kulop pun kejar la. Kejar punya kejar sampai 10 minit pon tak dapat lagi. Tapi Kulop tu kejar lagi sampai terjatuh terjelepok lalu pengsan.


Apabila dia sedar, dia bangun dan terus ke penimbang dan mendapati beratnya dah turun 3 kg. "Wow.. memang senang nak turun berat badan, memang berbaloi aku bayar RM50 tadi" katanya seorang diri.


Keesokkan harinya dia datang semula ke tempat tersebut. dia ditegur oleh pemuda di kaunter. Setelah diberi penerangan seperti semalam. Kulop memilih untuk mencuba versi 'cepat' pula.


"Baiklah, encik masuk bilik no. 6 di situ ya.."kata penjaga kaunter.


Setelah beberapa minit di dalam bilik itu, datanglah seorang body builder yang badannya tough dan terus melondehkan pakainnya. Body builder itu berkata "Saya akan kejar kamu dalam bilik ini, dan kalau saya dapat ... ... hehhehheee"

No comments:

Post a Comment