Konsert sulung Lamber berjudul 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dijadual berlangsung 14 Oktober (Khamis) di Stadium Putra Bukit Jalil.
"Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseksual tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya," dipetik dari memorandum.Menurut Azman Shapawi seharusnya peka dengan perkembangan budaya songsang itu kerana di masyarakat Barat sendiri didakwa menolak artis pop Amerika Syarikat itu.
Beliau juga menyatakan kekesalannya kerana pada hari yang sama seorang artis 'nasyid' popular Sweeden Maher Zain mengadakan persembagan di Shah Alam tidak diberikan tempat.
Program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekali gus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah. Semua penganjuran konsert seharusnya mematuhi garis panduan PUSPAL dan meminta agensi itu memberikan perhatian serius terhadap penerimaan artis luar negara.
Malaysiakini difahamkan memorandum yang ditujukan kepada Pengerusi PUSPAL Datuk Kamaruddin Siaraf itu diserahkan sendiri oleh Azman Shapawi di pejabat agensi bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Kuala Lumpur.
Lambert, 28, merupakan penyanyi pop, penulis lirik dan pelakon daripada California. Album bekas peserta American Idol itu For Your Entertainment pada 2009 terjual sebanyak 198,000 selepas seminggu berada dalam pasaran.
Baca berita penuh di Malaysiakini..
p/s: Pakat2 boikot konsert Adam Lambert kerana ia akan membawa keruntuhan akhlak masyarakat. Budaya gay bukan budaya kita. Jauhi budaya gay..
bjaya juga adam lambert mngadakn kosert kt malaysia.. apa nk jd ngn negara kita.. yg baik ditolak.. yg terang2 mungkar diterima.. huhhhh..
ReplyDelete