Iklan Nuffnang

3.9.10

Home » » Tidak Suka Perang

Tidak Suka Perang

Share
Pada suatu pagi, seorang guru sejarah bercadang mahu mengajar mengenai peperangan berlaku. Guru tersebut bertanyakan kepada para pelajarnya sama ada mereka menggemari peperangan atau mahukan keamanan. Kesemua pelajar bersetuju bahawa mereka lebih sukakan keamanan.

"Ada sesiapa diantara kamu yang boleh memberikan sebab kenapa kamu bencikan peperangan?" tanya guru tersebut. Seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bangun. Guru itu memandang pelajarnya dengan penuh minat untuk mengetahui jawapan pelajar tersebut. "Saya bencikan perang, sebab peperangan akan membentuk sejarah. Sedangkan saya tidak sukakan mata pelajaran sejarah" jawab pelajar itu.


p/s: Hehehe.. Tiada kaitan antara hidup dan yang mati yek.. Sekadar suka-suka dalam segmen santai.. Layan aje.. :) Daaa....

No comments:

Post a Comment