Iklan Nuffnang

4.9.10

Home » , » Kekayaan VS Kekuasaan

Kekayaan VS Kekuasaan

Share
Suatu hari dalam kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur terdapat sebuah kereta FerrariF430 yang mana juga terpaksa akur dengan kesesakan. Nampaknya jentera mewah yang berkuasa besar hingga 4,308cc itu berada sebaris dengan kenderaan-kenderaan berstatus biasa. Enjinnya mengaum seolah-olah raja di jalanan, tetapi kegarangannya langsung tidak diendahkan. Tiba-tiba, terdengar bunyi siren yang meminta supaya diberi laluan. Sebuah kereta nasional Proton Perdana berwarna hitam dan bercermin gelap memintas laju diiringi kenderaan pengiring.
Lihatlah beza antara kekayaan dan kekuasaan. Yang kaya tetapi tidak berkuasa, kemungkinan saja ditindas. Tetapi yang berkuasa mampu melakukan apa sahaja." Oleh kerana itu manusia sanggup lakukan apa sahaja untuk berkuasa. Kuasa merupakan jambatan kepada tercapainya segala keinginan manusia yang tiada batasan. Oleh itu, untuk memiliki kekuasaan manusia berlumba-lumba mencari kemenangan. Bahkan dengan kekuasaan, manusia ada kelebihan untuk mengekalkan kemenangan.

Bila berpolitik, manusia mahukan kemenangan semata-mata. Bila berdebat, manusia ingin tewaskan semua musuhnya. Bila bermesyuarat, manusia mahu pandangannya sahaja diterima. Bila kaya, dia pergunakan manusia. Bila berkuasa, dia mahu buat apa sahaja. Semuanya kerana "virus nak menang" yang penghujungnya adalah kekuasaan.

Sayangnya, kerana "nak menang" manusia gadaikan agama, bangsa dan tanah air sendiri. Syirik, rasuah, caci maki, kafir mengkafir, khianat, pecah amanah dan berdusta lain dipraktikkan kerana virus "nak menang" telah berakar di jiwa. Kemungkaran menjadi juara, kebaikan pula yang dicela.

Wahai saudaraku, sedang Islam itu sendiri adalah agama kemenangan bahkan menyeru umatnya agar sentiasa menang. Jika ingin kemenangan hakiki yang kekal abadi, lihatlah bagaimana Islam melatih umatnya untuk menjadi pemenang seterusnya juara di dunia dan akhirat.


Sumber : malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment