Iklan Nuffnang

1.9.10

Home » » Sebab-Sebab Malam Lailatul Qadar di Bulan Ramadhan Dilupakan

Sebab-Sebab Malam Lailatul Qadar di Bulan Ramadhan Dilupakan

Share

Ramadhan tiba lagi. Alhamdullillah aku berpeluang dan diizinkan oleh Allah SWT untuk bertemu lagi dengan Ramadhan, di mana di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Kedatangan Ramadhan umpama pertemuan musafir dengan wadi (oasis) di tengah padang pasir yang kering kontang. Ramai yang hanya mengambil bekalan di tepian wadi dan terus meneruskan perjalanan tetapi akhirnya rebah kontang di pertengahan jalan. Yang beruntung orang yang menunggu dengan sabar kedatangan hujan lailatul qadar yang airnya boleh dibuat bekal selama 1000 bulan. Di sini saya ingin membuat satu petikan dari artikel tulisan Ustaz Shauqi, semoga kita semua mendapat manfaat sempena malam-malam terakhir bulan Ramadhan ini. InsyaAllah.

lailatul qadar
Bilakah malam lailatul qadar? Yang paling penting, adakah kita beramal pada malam2 Ramadhan?

Suatu persoalan yang amat penting iaitu, mengapakah masih ramai di antara hamba-hamba Allah yang masih memandang ringan kepada lailatul qadr. Mungkin atara sebabnya ialah:

1. Mereka mengidap penyakit lemah iman, mereka kurang jelas tentang kebesaran dan kemuliaan serta ganjaran pahala pada malam al-Qadr, sebaliknya mereka lebih nampak besar perkara-perkara materialistik yang boleh didapati dengan segera di dunia ini.

2. Selalu mengikut hawa nafsu sampai mereka tidak sudi untuk melakukan ibadat pada malam-malam sepuluh akhir Ramadhan, kerana nafsu ingin berehat, mahu menonton TV, mahu berbual-bual kosong, mahu bersama-sama bantal, tilam dan kain selimut. Ada pula yang sibuk membeli-belah untuk persiapan raya sampai terlupa ganjaran yang disediakan oleh Allah pada malam al-qadr.

3. Penyakit panjang angan-angan. Mereka berangan-angan akan hidup seratus tahun lagi yang menyebabkan mereka membiarkan malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengan amal ibadat kepada Allah.

Kita mesti mengubati penyakit ini agar ia tidak menjadi semakin parah. Antara yang boleh dilakukan ialah:

1. Wajib kita menanam penuh keyakinan bahawa ganjaran pahala amal ibadat pada malam al-Qadr memang amat besar yang mesti kita berlumba-lumba mendapatkannya.

2. Hendaklah kita menanam keazaman untuk jihad melawan kehendak nafsu agar kita dapat patuh kepada seruan al-Quran, panggilan surah al-Qadr, serta kita dapat meneladani ibadat yang pernah dikerjakan oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan.

3. Kita mesti buang penyakit panjang angan-angan, dengan kita sentiasa ingat bahawa kita mungkin akan berjumpa dengan Malaikat Maut pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, kita amat perlu kepada persediaan amal ibadat sebanyak yang mungkin, lebih-lebih lagi amal ibadat pada malam al-Qadr untuk bekalan kita selepas mati.

Marilah kita sama-sama menerima bonus Allah S.W.T yang berupa nikmat Lailatul Qadr dengan penuh kesyukuran dan ikhlas hati, kita menyahut panggilan surah al-Qadr ini dengan azam untuk kita melaksanakan sebanyak-banyak ibadat pada sepuluh malam tersebut dengan kita melakukan solat fardhu berjamaah, solat sunat tarawih dan witir, membanyakkan bacaan al-Quran, mengulangi membaca surah al-Ikhlas, berzikir dan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dengan penuh harapan semoga kita termasuk di dalam golongan hamba-hamba Allah yang soleh.

Marilah juga kita hiasi hidup kita ini dengan memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran. Kita manfaatkan hidup kita dengan membaca, menghafal, mempelajari segala petunjuk yang terkandung di dalamnya, memahaminya serta menghayati dan mengamalkan segala ajaran yang ada di dalamnya. Semoga Allah mencurahkan kepada diri kita, anak-anak kita dan isteri kita keberkatan dan keredhaan sepanjang hayat kita di dunia dan kita mendapat kebahagian di Akhirat nanti.


Sumber: http://melayukini.net/

No comments:

Post a Comment