Iklan Nuffnang

31.8.10

Home » » Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar

Share
Malam Seribu Bulan

malam lailatul qadar, tanda lailatul qadar, malam seribu bulan, kelebihan malam lailatul qadar, fadhilat malam seribu bulanLailatul Qadar adalah malam yang penuh kemuliaan iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Amalan terbalik orang kita, 10 malam pertama bulan Ramadhan masjid dan surau penuh sampai tak muat dengan jemaah tetapi di 10 malam terakhir Ramadhan, masjid dan surau lengang. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan memang diakui oleh semua orang. Sedangkan sepertiga terakhir bulan Ramadhan adalah saat-saat yang penuh dengan kebaikan dan keutamaan serta pahala yang melimpah. Umat Islam wajib percaya dan seharusnya dicari malam Lailatul Qadar pada malam-malam terakhir bulan Ramadhan bukannya malam-malam itu kita shopping sakan untuk persediaan Hari Raya.

Malam Lailatul Qadar ni Allah kurniakan pada hambaNya sebagai salah satu nikmat yang ada. Pada malam tu, dikatakan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Kita pun ntah sempat ntah tidak nak hidup seribu bulan kan? Pada malam Al Quran diturunkan, semua malaikat mengepakkan sayap diorang, semua alam akan terhenti dari berbunyi kerana mukjizat teragung sedang turun ke Bumi.

Berdasarkan firman Allah Ta’ala:

Ertinya: “Bulan Ramadhan adalan bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran”. QS. al-Baqarah: 185

dan al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan, dan Allah Ta’ala berfirman:
Ertinya: “Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada lailatul qadar”. QS. al-Qadar:1.

Jika dikumpulkan dua ayat ini maka akan menjadi sangat jelas bahawa lailatul qadar di bulan Ramadhan manakala hadis Nabi Muhammad SAW mengatakan malam Lailatul Qadar itu di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan . Ini berdasarkan hadis berikut:

Sebagaimana isteri beliau -Ummul Mu’minin Aisyah radhiyallahu ‘anha- berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَجْتَهِدُ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مَا لاَ يَجْتَهِدُ فِى غَيْرِهِ.

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lainnya.” (HR. Muslim)

Aisyah radhiyallahu ‘anha juga mengatakan,

كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ ، وَأَحْيَا لَيْلَهُ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ

“Apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan), beliau mengencangkan sarungnya (untuk menjauhi para istri beliau dari berjima’, pen), menghidupkan malam-malam tersebut dan membangunkan keluarganya.” (HR. Bukhari & Muslim)

Lihatlah, Nabi Muhammad saw bukanlah mengisi hari-hari terakir Ramadhan dengan berbelanja di pusat-pusat membeli belah untuk persiapan lebaran (hari raya). Yang beliau lakukan adalah bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah seperti solat, membaca Al Qur’an, berzikir, sedekah dan lain sebagainya. Renungkanlah hal ini! Insya Allah kita sama-sama amalkan.

Tanda Malam Lailatul Qadar

[1] Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء

“Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi. Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh/terpercaya)

[2] Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelazatan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.

[3] Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.

[4] Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, “Subuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.” (HR. Muslim) (Lihat Shohih Fiqh Sunnah II/149-150)

p/s: Jom kita pakat buru malam lailatul qadar ni. Mudahan kita dapat berjumpa dengan malam yang mulia itu sepanjang kita hidup di muka bumi ini. Semoga kita terpilih untuk merasakan nikmat lailatul qadar ini. Daaa....

1 comment:

  1. Selamat beramal d 10ramadhan yg terakhir....thanx 4 d info....

    ReplyDelete