Iklan Nuffnang

6.9.10

Home » » Santai : Proton Waja P390A

Santai : Proton Waja P390A

Share
Al-kisah pada suatu hari, Kulop keluar ke bandar bersama isterinya untuk membeli sebuah kereta. Anaknya tidak dibawa kerana bimbang penjual kereta tidak mahu menjualkan kereta kepadanya kerana dia sudah mempunyai anak.

"Isteriku, rasa-rasa orang tu mahu tak jual kereta pada kita?" kata Kulop.

"Kenapa abang tanya macam tu?" balas isterinya.

"Yelah, manalah tahu, dia ingat saya tak mampu nak bayar sebab saya kena bagi awak dan anak kita makan...takut tak cukup duit..." jawab Kulop.

Maka mereka pun tiba di tempat penjualan kereta...

"Saya mahu beli yang ini" kata Kulop sambil menuding jari ke arah kereta Proton Waja Lancer berwarna putih.

Setelah membayar wang pendahuluan, Kulop memandu kereta itu pulang. Dalam hati Kulop sudah berkira-kira untuk menunjuk-nunjuk kereta itu di hadapan kawan-kawannya. Maklum la kereta model terbaru. Tapi, tak sampai satu jam, Kulop datang semula ke kedai kereta tadi dengan muka merah padam.

"Apa ni Encik, jual kereta dah rosak!" si penjual kereta berasa sangat hairan.

"Cuba Encik tengok lampu tepi ni, asal saya nak belok, tak pernah elok, asyik berkelip-kelip je!"


P/S: Sokonglah kereta buatan Malaysia.. Kalau kita tak sokong sapa lagi nak sokong.. Daaa...

No comments:

Post a Comment