Iklan Nuffnang

25.8.10

Home » , » Fakta Menarik Bola Sepak

Fakta Menarik Bola Sepak

Share
Pada tahun 1950, India tidak boleh menyertai Piala Dunia kerana FIFA menolak permohonan mereka untuk membiarkan pasukan mereka bermain dengan kaki AYAM.

Pada tahun 1957 dengan hanya 30 minit baki perlawanan, Charlton Athletic kembali dari ketinggalan 5-1 untuk mengalahkan Huddersfield Town 7-6.

Pemain lagenda Belanda dan Arsenal, Dennis Bergkamp mempunyai penyakit takut untuk menaiki kapal terbang menyebabkan beliau banyak terlepas perlawanan untuk negaranya dan juga Liga Eropah untuk Arsenal.

Sir Alex Ferguson dipecat oleh St Mirren di 1978 kerana berkata kesat kepada wanita.

Sir Stanley Matthews TIDAK pernah menerima sebarang KAD dalam 33 tahun kerjaya yang panjang.

Di bawah kendalian Herbert Chapman, The Arsenal menukarkan nama menjadi hanya Arsenal untuk muncul di bahagian atas senarai abjad kelab Division Satu di England.

No comments:

Post a Comment