Iklan Nuffnang

10.11.10

Home » » Ukur Tahap Keimanan Anda

Ukur Tahap Keimanan Anda

Share
Anda tahu Iman anda tahap kritikal apabila.....
  • Semua topik perbualan anda dan rakan2 adalah berkisar tentang cinta, bola, filem atau artis.
  • Anda tak ingat pun bilakah kali terakhir anda tanya sesiapa jika anda tidak faham sesuatu perkara tentang Islam.
  • Anda mempunyai masa untuk menonton filem atau siaran bola sepak berjam2 tapi tak mempunyai masa untuk membaca Quran walaupun 5 minit.
  • Quran anda sudah berhabuk atas almari.
  • Apabila anda bersendirian dalam keadaan sunyi, suara hati anda hanya menyanyikan lagu2 tangkap cintan.
  • Anda mula berasa segan untuk memberi salam "Assalamualaikum" (takut nampak skema).
  • Jarang sekali terfikir bahawa Allah sentiasa memerhatikan anda.
  • Anda tau yang mana baik yang mana salah, tapi anda boleh buat sesuka hati anda walaupun ada rasa bersalah (berdosa).
  • Anda tidak tahu kenapa anda tidak pernah merasakan kebahagiaan yang sebenar dalam hati anda dan anda tertanya2 kenapakah nasib baik anda tidak berpanjangan (lupa tentang hakikat takdir ketentuan)
  • Hari yang paling mengembirakan dalam hidup anda setakat ini henyalah masa Valentine's day atau semasa anda berdating bersama awek/balak.
  • Anda tidak teringatkan Nabi Muhammad s.a.w walaupun sekurang2nya sekali sehari.
  • Apabila anda mendengarkan seorang Muslim mengalami kesusahan, anda merasakan bahawa anda tiada kaitan dengan mereka (orang Islam kan bersaudara?)
  • 'Kawan rapat' anda adalah daripada jantina yang berlainan walaupun belum mempunyai sebarang ikatan pernikahan.
  • Anda tidak bersemangat/berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik.
  • Apabila anda mendengar tentang azab pembalasan di akhirat nanti, anda tak rasa apa2 pun (tak terasa pedas/tersentuh).
  • Anda tidak pernah menegur perbuatan buruk rakan anda.
  • Anda tidak pernah terlintas di hati untuk bertaubat di atas dosa2 anda.
  • Anda terima bulat2 segala pendapat ahli2 falsafah barat lebih daripada Quran/ulama' sendiri.
  • Anda bercita2 ingin mengelilingi dunia tapi anda tidak pernah langsung terfikir untuk menunaikan haji di Mekah.
  • Anda tidak pernah menangis kerana Allah.
  • Anda tidak menghiraukan post tentang agama tapi post tentang kisah lawak, cinta, lucah memang cepat anda akan baca. Tapi tahniah, anda berjaya membaca post ni sampai habis..
Semoga bermuhasabah diri.....Pesanan buat diri sendiri dan pembaca sekalian.
-Info214-

No comments:

Post a Comment