Iklan Nuffnang

22.10.10

Home » » Wayne Rooney Kekal di Manchester United

Wayne Rooney Kekal di Manchester United

Share
Wayne Rooney akhirnya bersetuju menandatangani kontrak baru selama 5 tahun bersama Manchester United sehingga Jun 2015. Desas desus yang mengatakan Wayne Rooney akan berpindah keluar dari kelab terkemuka dunia (Manchester United) akhirnya terjawab. Sebelum ini, Wayne Rooney dikaitkan dengan kelab Chelsea, Manchester City, Real Madrid dan beberapa kelab lain yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Menurut Manutd.com, Sir Alex Ferguson gembira dengan keputusan penyerang England tersebut.

"Minggu ini sangat menyukarkan, namun inilah yang dihadapi oleh kelab seperti Manchester United. Saya gembira dengan keputusan beliau (Rooney) untuk terus kekal bersama kami.

"Kadang-kala anda memerlukan sesuatu peristiwa terjadi untuk menyedarkan anda. Saya kini percaya Wayne sudah memahami betapa hebatnya Manchester United.

"Saya turut gembira dia menerima cabaran untuk membimbing pemain-pemain muda dan keinginan beliau untuk terus melakar nama sebagai lagenda Manchester United.

"Saya juga yakin semua di kelab ini akan menyokong Wayne untuk terus mempamerkan aksi-aksi hebat yang beliau selalu lakukan sebelum ini.

"Wayne Rooney turut mengeluarkan kenyataan di laman web tersebut, berkata "Saya sangat gembira untuk menandatangani kontrak baru bersama United.

"Dalam masa beberapa hari ini, saya telah berbincang dengan pengurus dan pemilik kelab ini dan mereka menyakinkan saya untuk terus kekal di sini.

"Saya telah mengatakan baru-baru ini bahawa pengurus kami seorang yang hebat dan keyakinan dan dorongan beliau yang menyakinkan saya untuk terus bersama United."

Biodata Wayne Rooney

Nama Manja : Wazza
Tarikh lahir : 24 Oct 1985
Tempat lahir : Liverpool
Kerakyatan : England
Tinggi : 178 cm
Berat : 83 kg
Posisi : Penyerang
No. Jersi : 10

No comments:

Post a Comment