Iklan Nuffnang

24.10.10

Home » » Tayar Tanpa Angin

Tayar Tanpa Angin

Share
Tayar bocor adalah masalah paling leceh bagi pemandu kereta dan penunggang motorsikal. Apatah lagi keadaan ini berlaku di saat kecemasan. Berlaku pula di kawasan tiada orang, di tengah-tengah malam dan tiada line telefon. Huhhh. Cam ner tu? Apa tindakan anda? Kalu aku redah je ngan tayar bocor.. huhu..

Dari permasalahan ini maka terhasilnya tayar yang tidak akan bocor bahkan tidak memerlukan angin. Tayar ini diperkenalkan oleh Michelin. Idea ini timbul apabila jip askar Amerika kerap kali bocor apabila di bawa memasuki hutan akibat terlanggar batu dan tunggul kayu.

Tayar yang diberi nama Airless Tire ini mampu menahan beban sehingga 1746 kg dan berukuran 37 inci (berdiameter 94 sentimeter). Tayar anti bocor ini akan digunakan di seluruh kenderaan perang milik Amerika seperti Hummer dan lain-lain.

Untuk menampung beban, rim tayar telah direka bersifat elastik. Tayar ini akan berfungsi sama seperti tayar biasa yang memberi keselesaan dalam pemanduan.
Tapi tayar ini belum lagi dikembangkan untuk tujuan komersil. Mungkin di masa hadapan revolusi tayar pasti akan berlaku secara menyeluruh. Semua kenderaan menggunakan tayar tanpa angin.

Jika penggunaan tayar tanpa angin diperkenalkan, situasi yang melecehkan apabila tayar bocor tidak akan berlaku lagi. Pengguna yang jenis malas mengisi angin tayar kenderaan juga akan merasa seronok.. :)
p/s: Semakin hari semakin canggih teknologi. Pelbagai revolusi telah berlaku dari semasa ke semasa. Begitu hebat otak manusia ciptaan Allah swt.

No comments:

Post a Comment