Iklan Nuffnang

18.10.10

Home » » Proton Inspira

Proton Inspira

Share
Proton Holdings Bhd memperkenalkan Sedan baharu empat pintu bersaiz sederhana "Inspira", dengan harga permulaan pada RM79,888 dan ia bukan model pengganti bagi Waja.

"Waja sedang dihentikan. Ini bukan pengganti," kata Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di pelancaran awal edisi terbaharu produk Proton itu di Subang.

Beliau berkata model baharu itu adalah hasil daripada perkongsian jangka panjang Proton dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC).

Tempahan bermula dengan minimum RM1,000. Mereka yang menempah kereta sehingga 15 Nov akan mendapat perkhidmatan servis dua tahun percuma atau 50,000km pertama.

Pakej servis itu termasuk caj buruh percuma dan alat-alat servis bernilai RM1,658 bagi kereta tersebut yang akan dilancarkan pada 10 November.

Proton menawarkan penghantaran berubah berterusan (CVT) dengan sistem kawalan elektronik kenderaan pintar dan inovasi (INVECS-III) dalam varian Inspira.

Antara ciri-ciri praktikal yang boleh diharapkan pelanggan daripada model baharu ini termasuklah kruis auto, lampu automatik dan pengesan hujan, sistem penyaman udara automatik penuh dengan sistem kawalan cuaca bagi penumpang dihadapan dan belakang, dan beg udara keseluruhan bagi keselamatan penumpang.

Inspira tampil dengan empat warna iaitu Putih, Hitam, Perak dan Merah.

Kepada yang berminat sila dail 1300 880 800 untuk tempahan.

Berikut anggaran senarai harga Proton Inspira

Sumber :Bernama

No comments:

Post a Comment