Iklan Nuffnang

8.9.10

Home » , , » Zakat Fitrah

Zakat Fitrah

Share
Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat Fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakar menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Syarat Wajib Zakat

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2. Hidup pada akhir Ramadhan dan awalSyawal.
3. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
4. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
5. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

Waktu Afdhal/Sunat: Sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya

Waktu Wajib: Selepas terbenam matahari malam Aidilfitri sehingga terbit matahari esoknya

Waktu Harus: Sejak Awal Ramadhan

Waktu Makruh: Selepas Sembahyang Sunat Hari raya sehingga terbenam matahari 1 Syawal

Waktu Haram: Selepas terbenam matahari 1 Syawal



Orang yang Berhak Menerima Zakat Fitrah

1) Orang Fakir :
Ialah orang yang tidak ada harta benda untuk keperluan hidupnya sehari-hari, tidak sanggup bekerja, tak mampu berusaha dan malu untuk meminta-minta.

2) Orang Miskin :
Ialah orang yang boleh bekerja dan berusaha tetapi tidak mencukupi keperluan hidupnya sehari-hari.

3) ‘Amil (pemungut zakat) :
Orang yang dilantik atau diberi kuasa oleh Majlis Agama Islam Negeri untuk memungut zakat.

4) Muallaf :
Orang yang baru memeluk Agama Islam.

5) Hamba :
Terbahagi kepada tiga :
1) Hamba Qin (hamba semata)
2) Hamba Mudabbar (hamba yang kemerdekaannya bergantung kepada mati tuannya). 3) Hamba Mukattab (kemerdekaan dirinya bergantung kepada syarat-syarat yang diberikan oleh tuannya).
Sebagaimana keterangan Imam Syafie, hamba mukattablah yang layak menerima zakat.

6) Orang Yang Berhutang Banyak :
Iaitu tanggungan hutang untuk kemaslahatan diri dan keluarganya ataupun kemaslahatan umat Islam bila hutangnya itu telah melebihi dari harta kekayaannya.

7) Sabilillah :
Orang yang berjuang di jalan Allah

8) Ibnu Sabil :
Orang yang dalam perjalanan jauh untuk menyempurnakan tuntutan Agama Islam kemudian kehabisan belanja atau biayanya.

Sumber Rujukan: www.al-azim.com, www.e-zakat.com.my

p/s: Kepada yang belum bayar zakat lagi, tunaikan kewajipan anda.. Pesanan dari INFO214..
Daa....

No comments:

Post a Comment