Iklan Nuffnang

13.9.10

Home » » Tokoh Wanita Malaysia: Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

Tokoh Wanita Malaysia: Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

Share


Yang berbahagia Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar telah dilahirkan pada 26 Ogos 1947 di Johor Bharu. Beliau ialah anak tunggal kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Puan Azah Aziz. Beliau merupakan wanita pertama di Malaysia yang dilantik Gabenor Bank Negara Malaysia dan juga wanita pertama menjadi Gabenor Bank Pusat di Rantau Asia.

Beliau memperoleh kelulusan daripada Universiti Malaya dalam bidang ekonomi pada tahun 1970. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya, beliau telah ditawarkan berkhidmat dengan bank negara oleh gabenor bank negara ketika itu, Allahyarham Tun Ismail Ali. Oleh sebab kecenderungan untuk membuat kajian dalam bidang urusan wang dan perbankan, beliau kekal di Universiti Malaya dan menjadi tutor selama lebih dari setahun di fakulti ekonomi dan pentadbiran, Universiti Malaya. Pada tahun 1978, beliau mendapat ijazah kedoktoran daripada University of Pennsylvania, Amerika Syarikat, dalam bidang ekonomi mata wang. Beliau telah menulis sebuah tesis yg bertajuk Commercial Bank Portfolio in an Open Developing Economy: Taking into Account International Capital Flows in an Environment of Interest Rate and Exchange Rate Movement.

Sekembalinya ke Malaysia, Tun Ismail telah mengambil beliau berkhidmat di South East Asian Central Bank Research and Training Centre (SEACEN). Semasa di SEACEN, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar telah dipanggil untuk bekerja di Bank Negara Malaysia pada tahun 1985 sebagai Timbalan Pengurus Jabatan Ekonomi dan menjadi wanita pertama dilantik sebagai salah seorang daripada empat Penolong Gabenor Bank Negara pada tahun 1995. Ketika itu, Malaysia sedang berhadapan dgn kemelesetan ekonomi. Beliau telah ditugaskan membantu dalam merumus dasar bagi membawa Malaysia keluar daripada kemelut ekonomi dan seterusnya merangka reformasi dalam bidang perbankan.

Dari tahun 1989 hingga 1994, beliau telah dihantar ke London sebagai Ketua Perwakilan di Pejabat Perwakilan Bank Negara Malaysia di London. Apabila kembali ke Malaysia, beliau telah memegang jawatan Ketua jabatan Ekonomi sebelum dinaikkan pangkat sebagai Penolong Gabenor Bank Negara pada tahun 1995.

Pada 1 September 1998, semasa negara sedang menghadapi kemuncak krisis kewangan, beliau telah dilantik Pemangku Gabenor Bank Negara dan mengetuai pasukan yang ditubuhkan oleh Bank Negara bagi melaksanakan kawalan pertukaran terpilih. Kemudian, beliau memegang jawatan Timbalan Gabenor Bank Negara selama 2 tahun. Mulai 1 Mei 2000, beliau telah dilantik Gabenor Bank Negara Malaysia.

Disamping itu, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar juga memegang beberapa jawatan lain. Antaranya, Pengerusi Lembaga Pengarah Labuan Offshore Financial Service Authority (LOFSA), Pengerusi Institut bank2 Malaysia (IBBM), Pengerusi Malaysia Institute of Insurance (MII), Pengerusi Institut Perbankan Kewangan Islam (IBFIM), Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Iskandar Johor dan Yayasan Temenggung Abdul Rahman Johor, Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad, Ahli Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) dan Exco MTEN.

Di peringkat antarabangsa, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar telah mendapat pengiktirafan sebagai Gabenor Bank Pusat yang cekap dan disegani. Beliau sering diberi penghormatan memberi ucap utama di forum2 kewangan antarabangsa sebagai wakil Asia. Malah Kumpulan G-7 turut memberi pengiktirafan kepada beliau apabila diundang untuk memberi taklimat mengenai perbankan Islam kepada pemimpin2 G-7 di satu persidangan di Washington, Amerika Syarikat.

Pada tahun 2003, beliau telah dipilih sebagai Gabenor Bank Pusat terbaik di Asia dalam satu pungutan suara dikalangan penganalisis dan pengurusan kanan bank2 seluruh dunia. Pungutan suara ini diadakan sempena Mensyuarat Tahunan Dana Kewangan Antarabangsa/ Bank Dunia di Dubai.

Beliau telah dikurniakan bintang Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Paduka yang di Pertuan Agong. Beliau telah dianugerahi bintang Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) yg membawa gelaran 'Dato' Seri' oleh DYMM Sultan Pahang dan bintang Dato' Paduka Mahkota Jojhor (D.P.M.J) yang membawa gelaran 'Datin Paduka' oleh DYMM Sultan Johor.

Pengiktirafan yang terbaru diperolehi oleh beliau adalah dinamakan ketua bank pusat terbaik dunia.


Sumber Kosmo(14/9/2010)
KUALA LUMPUR - Majalah yang beribu pejabat di New York, Global Finance, menamakan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz sebagai seorang daripada ketua bank pusat terbaik dunia sepanjang setahun lalu di kalangan lima ketua bank pusat yang lain di lima negara.

Zeti dan enam ketua bank pusat yang lain itu diberikan gred 'A' dalam rencana tahunan terbitan majalah berkenaan yang bertajuk Central Banker Report Card bagi kejayaan dalam bidang seperti kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.


p/s: Tahniah buat tokoh wanita Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.. Melayu boleh!!

No comments:

Post a Comment