Iklan Nuffnang

19.9.10

Home » » Tips Mengulangkaji Menjelang Peperiksaan

Tips Mengulangkaji Menjelang Peperiksaan

Share

(Sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum peperiksaan)

LANGKAH A - ANALISIS TOPIK
  1. Senaraikan semua topik yang telah dipelajari
  2. Senaraikan semua topik sepertimana yang terdapat dalam sukatan pelajaran (anda boleh dapati topik-topik dari buku teks atau sukatan pelajaran yang boleh didapati dari guru atau membelinya di kedai buku.
  3. Buatkan perbandingan dan kenalpasti mana-mana topik yang belum dipelajari atau belum difahami.
LANGKAH B - MENCARI MAKLUMAT
  1. Topik-topik yang belum difahami sila cari maklumat sama ada dari guru atau membuat nota sendiri atau berbincang dengan rakan-rakan.
  2. Pastikan setiap topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran itu difahami walaupun ianya dianggap tidak penting.
  3. Nota-nota boleh dibuat dalam bentuk peta minda atau lain-lain cara yang mudah diingati. Rujukan untuk membuat nota harus dibuat berdasarkan buku teks yang disahkan oleh Kementerian Pendidikan untuk mempastikan isi-isinya tepat. Untuk maklumat pelajar isi-isi pada soalan-soalan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan adalah dirujuk pada buku teks yang rasmi yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan.

LANGKAH C - MENGULANGKAJI
  1. Setiap hari buat latihan sama ada menggunakan buku teks atau buku kerja terutama bagi mata pelajaran maths dan sains.
  2. Bagi pelajaran yang berbentuk esei sama ada karangan atau lain-lain mata pelajaran, pilih soalan dari kertas peperiksaan tahun-tahun lepas atau soalan-soalan dari buku teks dan buku kerja dan kemudian carai dan catatkan isi-isinya dalam kertas latihan.
p/s: Semoga panduan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar2 terutama yang bakal menduduki peperiksaan tak lama lagi.. Usaha tangga kejayaan.. Dalam kita berusaha, doa jangan dilupakan yek.. Semoga berjaya!! Daaa...

No comments:

Post a Comment