Iklan Nuffnang

13.9.10

Home » , » Norman dan Memey Bertunang

Norman dan Memey Bertunang

Share

MEMEY dan Norman ceria pada majlis pertunangan mereka di Kota Tinggi.

Sumber kosmo (14/9/2010)

KOTA TINGGI – Spekulasi hubungan cinta pelakon Norman Hakim, 34, dengan Suhaiza Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Memey, 22, berakhir apabila mereka mengikat tali pertunangan pada satu majlis sederhana di kediaman Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1 dekat sini semalam.

Rombongan meminang Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, diketuai bapa saudaranya, mejar (B) Ismail Kamat yang tiba bersama ahli keluarganya dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Pada majlis yang bermula pada pukul 4.30 petang itu, rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dan pihak perempuan membalasnya dengan tujuh dulang hantaran.


Definisi Pertunangan

Definisi “pertunangan dalam Islam adalah kesepakatan pribadi dengan maksud untuk menikah antara laki-laki muslim yang sesuai atau pantas dengan perempuan muslim melalui walinya, yaitu wali Amr. Penjelasan hal ini adalah:

1. Kesepakatan pribadi maksudnya perjanjian rahasia antara keduanya.

2. Laki-laki muslim yang pantas maksudnya adalah dia harus seorang muslim, baligh, dan bijaksana.

3. Perempuan yang pantas maksudnya adalah dia harus seorang muslim, atau perempuan ahlul kitab (Yahudi dan Nasrani).

Dalam memilih pasangan wanita, perlu bagi kita untuk mengingat hadits Rasulullah saw. Abu Hurairoh menceritakan bahwa Rasulullah SAW bersabda :

"wanita dinikahi karena empat hal iaitu kerana kekayaannya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Nikahilah wanita karena agamanya karena jika tidak kamu akan menjadi orang yang merugi."

Adab Pertunangan dalam Islam

Pendakwah bebas, Ustaz Wan Akashah Wan Hamid berkata, setiap pasangan yang bertunang wajib menjaga adab dan akhlak pertunangan dari awal lagi kerana jika tidak dipelihara perkahwinan tidak diberkati Allah SWT. Oleh kerana itu katanya, walaupun pasangan itu diikat dengan tali pertunangan, mereka perlu ingat bahawa mereka seperti orang lain iaitu bukan mahram.

"Kerana itu mereka tidak boleh berdua-duaan dan ke mana saja mereka hendak pergi perlu ada peneman, termasuklah tidak boleh naik motor ataupun kereta bersama-sama," katanya. Sehubungan itu beliau berpadangan setiap pasanganyang bertunang hendaklah dipercepatkan ijab kabulnya. "Sememangnya tak elok dan manis jika lama bertunang, lagi pun ia dapat menjaga perkara yang dilarang agama. "Contohnya bila lama sangat bertunang kemungkinan berlaku sentuh-menyentuh antara satu dengan lain sedangkan perkara itu adalah haram dalam Islam," katanya lagi. Katanya, dalam Islam memang ada adat merisik sebagai tanda jadi bagi pasangan yang mahu berkahwin.

Ini katanya, berdasarkan hadis nabi, Baginda bersabda: 'Jangan kamu meminang di atas peminangan orang'. "Maksudnya orang lain tak boleh kacau dan dalam tempoh tersebut jika berlaku peminangan hukumnya haram," katanya.

No comments:

Post a Comment