Iklan Nuffnang

11.9.10

Home » , » Misteri Kehilangan Sosilawati: Bunuh, Bakar, Buang

Misteri Kehilangan Sosilawati: Bunuh, Bakar, Buang

Share
Sungguh kejam!!! Negara kita gempar dengan berita pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi iaitu pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Amat mengejutkan kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang di sebatang sungai di Ladang Gadong, Tanjong Sepat, Banting. Misteri kehilangan keempat-empat mangsa selama dua minggu akhirnya terjawab dengan berita yang amat menyedihkan dan memilukan terutama ahli keluarga mangsa. Kepada pembunuh semoga mendapat pembalasan yang setimpalnya.

Keempat-empat mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lalu, dibunuh kemudian dibakar di kandang ternakan yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit itu, manakala abu mereka dibuang ke Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan.

Polis mengesyaki motif pembunuhan ada kaitan dengan satu urus niaga tanah, selain hal kewangan.

Takziah buat keluarga mangsa.. Banyakkan bersabar. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.. Al-fatihah......



No comments:

Post a Comment