Iklan Nuffnang

18.9.10

Home » » 5 Kekurangan Lelaki Yang Menjadi Kegilaan Wanita

5 Kekurangan Lelaki Yang Menjadi Kegilaan Wanita

Share
Menurut kajian sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat, terdapat sekurang-kurangnya 5 kekurangan pada lelaki yang menjadi kegilaan wanita. Terdapat beberapa lagi yang menjadi pilihan wanita, tetapi saya senaraikan 5 pilihan tertinggi. Apa2 pun korang semua mesti ada pendapat sendiri. Bak kata pepatah 'lain rumput lain belalang, lain orang lain cita rasa'.

Apa lagi, Jom kita terjah jenis-jenis kekurangan itu :-

1. Kesan Luka

  • Bekas luka adalah sebuah daya tarikan bagi wanita kerana bekas luka pada lelaki dianggap sebagai lambang kejantanan oleh banyak wanita. Lihatlah kesan luka di muka Frank Ribery ini. Awek dia model tu..

2. Bersifat Aneh

  • Mempunyai sifat-sifat aneh mungkin menjadi cemuhan masyarakat. Namun jangan hairan jika mereka ini mempunyai awek yang cantik. Ini kerana wanita sukakan lelaki 'lain dari yang lain' kerana dah bosan dengan lelaki biasa yang banyak di pasaran.

3. Peluh keringat

  • Peluh berlebih pasti membuat kepercayaan diri berkurang. Namun bagi sebagian perempuan, peluh keringat itu membuat lelaki kelihatan seksi. Apatah lagi keringat itu keluar ketika lelaki tengah bersukan.

4. Uban

  • Tahukan anda aktor Richard Gere yang dianggap semakin seksi ketika rambutnya memutih. Sebenarnya uban dijadikan lambang kematangan dan kedewasaan lelaki oleh wanita. Jadi buat apa menutupinya?
5. Kacamata

  • Wanita kini lebih tertarik dengan lelaki berkacamata kerana nampak pintar di mata mereka. Bagi anda yang memiliki penglihatan kurang baik, tak perlu ragu memakai kacamata. Yang penting, sesuaikan bentuk bingkainya dengan bentuk wajah anda.

p/s: Para wanita, betul ke tak ni?? Apa pun setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. Bersyukur lah ngan apa yang kita ada. :) Daaa....

1 comment:

  1. sy stuju yg akhir sekali.. itu ciri2 yg sy cari.. opzzz!!~.. hehehe

    ReplyDelete