Iklan Nuffnang

26.8.10

Home » , » Selamat Berbuka Puasa + Sunnah Makan

Selamat Berbuka Puasa + Sunnah Makan

Share
Jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung,
Jika hati seindah bulan hiasi dengan senyuman..:)
Marhaban ya Ramadhan…

Selamat menunaikan ibadah puasa dan Selamat berbuka puasa.. Berbuka bila dah tiba waktunya yek.. Bila berbuka, Rasulullah SAW menganjurkan berbuka dengan kurma, kalau tidak ada dengan air dan hendaklah menyegerakan berbuka. Tapi jangan lupa, sebelum berbuka puasa tu bacalah doa dulu.

Pada entry kali ni, saya ingin berkongsi Sunnah Makan yang diamalkan oleh Rasulullah.

1. Cara Rasulullah makan.

Kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (kelingking), lalu Rasulullah akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion). Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Mengikut seorang Dr, di hospital-hospital, langkah pertama untuk merawat keracunan adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Rasulullah pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

2. Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim)

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum tu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dgn cuka, menyebabkan minuman itu menjadi asid. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum yang betul (serta mengikut sunnah) adalah seteguk, bernafas, seteguk, bernafas, sehingga habis.

p/s: Sampaikan walaupun sepatah.. Selamat beramal..


No comments:

Post a Comment