Iklan Nuffnang

21.8.10

Home » » Ada 4 Jenis Manusia di Dunia

Ada 4 Jenis Manusia di Dunia

Share
Memang benarlah kata ramai orang yang telah berjaya bahawa di dalam dunia ini ada empat jenis manusia.

Jenis yang pertama, adalah jenis manusia yang “wait things happen”. Dia menunggu dan berharap sesuatu akan berlaku yang akan merubah kehidupan mereka.

Jenis yang kedua, adalah jenis manusia yang “watch things happen”, mereka hanya melihat-lihat orang lain melakukan sesuatu.

Jenis yang ketiga, adalah jenis manusia yang “make things happen”. Mereka ini tidak mahu memilih untuk menunggu sahaja kejayaan datang kepada mereka. Mereka juga tidak mahu melihat sahaja orang lain berjaya. Tetapi mereka memilih untuk berusaha untuk mencapai kejayaan dan bertindak!

Tetapi janganlah jadi jenis yang keempat ini. Jenis yang keempat ini adalah mereka yang “donno wat heppe (Don’t know what happen dalam loghat Kelantan)”

Kisah Katak Di Makmal Sekolah:

Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah yang sangat menarik tentang katak-katak yang dijadikan bahan ujikaji di makmal sebuah sekolah. Diharapkan anda dapat mengambil kisah ini sebagai satu iktibar untuk difikir-fikirkan.

Ujikaji Pertama: Seekor katak diletakkan ke dalam sebuah bikar yang kosong. Tidak sampai beberapa saat, katak tersebut berjaya melompat keluar dengan mudah daripada bikar tersebut. Sungguh bersemangat katak itu. Seterusnya, kita ambil katak yang sama tadi diletakkan semula ke dalam bikar tetapi kali ini, kita akan letakkan penutup di atas bikar tersebut agar dia tidak dapat melompat keluar. Apakah yang akan terjadi pada masa ini? Katak tersebut akan membuat beberapa kali cubaan untuk melompat keluar daripada bikar tersebut tetapi kepalanya akan menjadi sakit kerana terlanggar penutup bikar tadi. Selepas seketika, dia akan mula “give up” dan terus duduk diam di dalam bikar tersebut. Pada masa itu, sekiranya kita bukakan penutup bikar tersebut, anda akan mendapati yang katak itu tidak akan melompat keluar atau even mahu mencuba untuk melompat keluar. Katak tersebut telah “give up” untuk mencuba kerana dia merasakan halangan tersebut masih sentiasa ada di atas kepalanya.

Ujikaji Kedua: Seekor katak dicampakkan ke dalam bikar yang berisi air yang panas mendidih. Anda akan dapati yang katak itu akan bertindak balas dengan segera dan melompat keluar daripada air panas itu dengan serta–merta. Setelah itu, anda ambil katak yang sama dan anda letakkan pula dia di dalam bikar yang berisi ketulan ais yang banyak. Katak itu akan merasa sejuk dan selesa. Pada masa yang sama, bikar itu anda letakkan di atas penunu bunsen bagi memanaskan bikar tersebut. Sesuatu perkara yang menakjubkan akan berlaku! Semakin panas bikar tersebut, semakin cair ais di dalam bikar tersebut dan semakin mendidih air di dalam bikar tersebut. Anda akan dapati yang katak itu TIDAK MAHU BERGANJAK atau melompat keluar daripada bikar tersebut walaupun dia akan mati di dalam air yang mendidih itu!

Apakah moral kisah kedua-dua ujikaji di atas? Ujikaji yang pertama adalah ibarat kita adalah orang yang mudah “give-up”. Tak biasa dengan kegagalan atau pun halangan di dalam melakukan sesuatu yang kadang-kala bersifat sementara. Setelah melalui banyak kali kegagalan di dalam apa saja perkara atau bidang yang kita ceburi, kita mula membina satu tembok di dalam otak kita yang kita akan gagal lagi dan ia menyebabkan kita tidak mahu mencuba lagi. Takut gagal! Orang ini lebih rela mati sebagai seorang yang gagal untuk mencuba daripada menjadi seorang yang mati kerana keberanian mencuba untuk mencapai cita-cita atau impian. Mana satu lebih bagus? Mati sebagai seorang pejuang atau mati sebagai seorang pengecut?

Ujikaji kedua pula memberikan kita satu kisah simbolik tentang “Zon Selesa” (“Comfort Zone”). Ada di antara kita yang bila kita ada cabaran atau halangan, ia menjadikan kita lebih kuat dan bersemangat untuk bangkit dan mengatasinya tetapi ada setengah kita yang terjerat di dalam “Zon Selesa”. Hidup yang tidak banyak cabaran kerana tidak ada impian atau matlamat untuk dicapai dan akhirnya kita jadi selesa dan mula leka. Rasa selesa yang membuatkan anda tidak mahu berusaha atau mencari peluang untuk membina kehidupan yang lebih baik untuk diri anda atau keluarga anda. Contohnya anda selesa dengan pendapatan anda RM2,000 sebulan (Ini contoh sahaja!) dan anda rasa dah cukup dah dengan pendapatan itu. Lepas itu anda dah berumahtangga dan tidak lama selepas itu anda mempunyai anak-anak tetapi anda tetap rasa selesa dengan pendapatan RM2,000 sebulan itu sedangkan kos sara hidup anda semakin meningkat. Ditambah pula dengan cabaran ekonomi global yang akan menyebabkan kos sara hidup yang lebih tinggi tetapi anda tetap berada di dalam “Zon Selesa” dan tidak mahu mencari ilmu atau peluang kerjaya dan perniagaan yang boleh menambah pendapatan anda. Tetapi ada hati nak beli rumah besar, kereta besar tetapi pakai kad kredit atau duit pinjaman dan bukannya daripada pendapatan sampingan.

Jadi di mana masalah kita? Apakah potensi kita? Renung-renungkan lah....

No comments:

Post a Comment